Aiman Tino bida nombor plat RM40,000

0
134
Advertisement

PENYANYI remaja popular, Aiman Tino berjaya membida nombor plat kereta yang diingininya dengan harga RM40,000.

Aiman membida nombor plat A1M yang dikeluarkan oleh Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M).

Aiman atau nama sebenarnya, Mohammad Aiman Yusri, 20, berkata, plat kereta ‘AIM 477’ yang dibidanya itu jika dibaca sekilas seperti menyebut namanya.

“Saya sudah tertarik membidanya dari tahun lalu. Syukur, saya rasa pembelian nombor plat kereta ini sebagai ganjaran untuk diri saya sendiri setelah penat mencari rezeki.

“Biarpun harganya agak mahal, saya rasa nombor plat kereta ini berbaloi untuk simpanan sendiri. Saya akan menggunakan nombor plat kereta ini untuk kereta saya sendiri,” kata Aiman kepada Kosmo.

Setakat ini, Aiman masih belum membuat keputusan untuk membeli sebarang kereta. Namun begitu, penyanyi lagu Permata Cinta ini begitu menggemari kereta jenama Volkswagen.

Sumber: Kosmo

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here