Ainan Tasneem selamat lahirkan bayi perempuan

0
393
Advertisement

PENYANYI Ainan Tasneem selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 7.12 pagi tadi.

Ainan Tasneem mengesahkan berita gembira itu menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya.

Penyanyi lagu “Aku Suka Dia” itu bersyukur kerana bayinya dilahirkan dengan selamat dan sihat seberat 2.91 kilogram (kg).

Ainan yang melahirkan bayinya secara normal memberitahu proses kelahiran itu berjalan dengan mudah.

“Bismillahirahmanirahim…

Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

Syukur pada Allah di atas nikmat kelahiran yg diberikan ini.

Alhamdulillah Ainan telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pagi hari jumaat yang mulia ini. 

Ainan bersalin secara normal dan bayi selamat keluar dari rahim ini tepat pada pukul 7.12 pagi tadi dalam keadaan yang sihat dengan berat 2.91 kg 

Terima kasih diatas berkat doa kalian semua, proses kelahiran ini berjalan dengan mudah sekali.

Semoga anak ini menjadi anak yang solehah dan penyejuk mata ummi dan abuyanya, Aamiin Allahumma Aamiin..

Terima kasih semua.”

Rata-rata pengikut IGnya mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Ainan dan bayi sihat selalu.

Ainan berkahwin pada Januari tahun lalu.

Penyanyi itu mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari bidang seni selepas berkahwin.
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here