Air mata perdana menteri mengiringi pemergian penyanyi rock ternama Kanada

0
190
Advertisement

KANADA: Bagaimana agaknya reaksi pemimpin negara besar seperti Donald Trump, Kim Jong-un, Vladimir Putin di kala dilanda kesedihan?

Adakah mereka — di sebalik wajah yang serius, tegas dan tanpa kompromi itu — tanpa segan silu akan menitiskan air mata di khalayak ramai?

Pasti sukar untuk membayangkan.

Namun bagi Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, beliau mengetepikan semua itu dan menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan pada sidang media di Parlimen pada Rabu yang turut disiarkan televisyen tempatan.

Trudeau yang terkenal dengan sikapnya yang mesra rakyat kelihatan sebak ketika menyampaikan eulogi susulan kematian penyanyi rock terkenal negara itu Gord Downie dari kumpulan Tragically Hip.

Sumber YouTube

“Kita kehilangan seorang yang cukup hebat pagi ini. Gord merupakan rakan saya, dan dia juga merupakan rakan anda semua,” kata Trudeau.

Penyanyi rock yang juga penulis lagu terkenal Gord Downie, 53 tahun, meninggal dunia setelah dua tahun bertarung melawan penyakit kanser otak yang dihidapinya.

Ini bukan kali pertama Trudeau menitiskan air mata di khalayak ramai. Pada Disember lepas, beliau juga pernah menangis ketika menyambut ketibaan pelarian Syria yang hadir di Kanada.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here