Air mata warga emas tercapai hasrat nikmati pemandangan buat kali terakhir

0
13

“WARGA emas itu berasa sangat terharu sehingga menitiskan air mata kegembiraan,” ini yang dikatakan seorang kru ambulans apabila pesakitnya berpeluang menikmati pemandangan buat kali terakhir.

Gambar yang dimuat naik melalui laman media sosial Facebook oleh paramedik Graeme Cooper memaparkan warga emas itu di atas katil bersebelahan Graeme memandang ke arah pantai di Hervey Bay, Australia pada Rabu.

Menurut laporan Whas11/ABC, Graeme memberitahu pemberita tempatan, mereka dalam perjalanan terakhir ke penjagaan paliatif di mana dia sepatutnya menghabiskan saat-saat terakhirnya.

“Kami membawanya ke atas bukit untuk melihat Pulau Fraser melalui Point Burrum, kegembiraan jelas terpancar pada wajah pesakit warga emas itu,” katanya lagi.

Pada masa sama, Danielle Kellan yang mengambil gambar kejadian menyentuh perasaan itu berkata, dia bertanya kepada warga emas itu apa yang difikirkannya sewaktu kejadian tersebut.

Dia menjawab, “saya berasa aman, semuanya menenangkan.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here