AirAsia bakal taja organisasi e-sukan?

0
335
Advertisement

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambah rendah AirAsia akan mengadakan satu pengumuman penting mengenai kerjasama mereka dengan salah sebuah organisasi e-sukan gergasi di Asia Tenggara.

Dalam satu jemputan kepada media baru-baru ini, pengumuman itu akan dilakukan pada Jumaat ini di sebuah hotel di Pahang.

Namun persoalannya adalah, apakah pengumuman yang akan dibuat oleh AirAsia bersama organisasi e-sukan tersebut?

Jika pengumuman itu adalah mengenai penajaan AirAsia kepada organisasi itu, ia bakal memberi impak besar kepada industri e-sukan di Malaysia dan Asia Tenggara.

Difahamkan organisasi tersebut turut terdiri daripada golongan profesional kelahiran tanah air.

Penglibatan AirAsia dalam arena e-sukan bermula sejak Jun tahun lalu apabila syarikat penerbangan itu menubuhkan kelab komuniti AirAsia Allstars Esports Club (Kelab Esukan Allstars AirAsia) yang diketuai Allan Phang dari Korporat Kebudayaan Serantau AirAsia.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd Tan Sri Tony Fernandes juga pernah menyatakan sokongannya dalam industri e-sukan menerusi autobiografi Flying High.

Katanya: “Anak saya iaitu Stephen yang menggalakkan saya untuk melabur dalam industri e-sukan.

“Saya ambil kira pandangannnya itu dan kami akan ceburi bidang ini.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here