AirAsia pindah perkhidmatan Melbourne ke Lapangan Terbang Avalon

0
32
Advertisement

KUALA LUMPUR: AirAsia hari ini mengesahkan perkhidmatannya di Melbourne, Australia, akan berpindah dari Lapangan Tullamarine ke Lapangan Terbang Avalon mulai 5 Dis ini, dan pada masa yang sama melancarkan perkhidmatan buat julung kali dari Lapangan Antarabangsa Victoria yang kedua.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, AirAsia berkata perkhidmatan dua kali sehari yang diikendalikan oleh AirAsia X, syarikat sekutu AirAsia, akan berlepas dari klia2 (lewat tengah hari dan petang) membawa tetamu dari Malaysia dan ASEAN semakin hampir dengan destinasi pelancongan terkemuka, Great Ocean Road.

Ia juga menyediakan akses berpatutan dan selesa dari bandar Melbourne.

“Sebagai syarikat penerbangan utama yang melancarkan perkhidmatan antarabangsa dari Lapangan Terbang Avalon, ini merupakan satu pembawa perubahan untuk pengguna, pelancongan dan industri.

“Kami yakin tambang bernilai hebat dari dan ke Melbourne, akan terbukti popular dengan warga Australia yang ingin terbang ke KL atau berhubung dengan 130 destinasi popular dalam rangkaian global kami, dan ASEAN akan mendapat faedah daripada akses berpatutan dan selesa ke Victoria,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X Benyamin Ismail.

Beliau berkata Lapangan Terbang Avalon mempunyai banyak keistimewaan termasuk kawasan pelepasan dan ketibaan yang mudah dan seragam serta lokasi berhampiran dengan antara ikon pelancongan terkemuka Australia – Great Ocean Road, pada masa yang sama mengekalkan akses dan kedudukan hampir dengan bandar.

Sementara itu, CEO Lapangan Terbang Avalon Justin Giddings berkata berkata: “Pembinaan terminal antarabangsa baharu berjalan lancar. Dengan hampir 9,000 meter persegi, ia akan dilengkapi dengan fasiliti canggih dengan inovasi terkini dalam proses dan kelengkapan kastam serta pilihan membeli-belah Bebas Cukai dan makanan dan minuman.

“Kami tidak sabar mengalu-alukan AirAsia sebagai penyewa antarabangsa pertama dan tetamu dari Malaysia dan seluruh dunia ke terminal antarabangsa baharu kami,” katanya.

Promosi istimewa ke Melbourne dengan tambang termasuk semua serendah RM199 sehala sedia boleh ditempah di airasia.com mulai sekarang sehingga 15 Julai 2018, untuk tempoh perjalanan dari 5 Dis 2018 ke 13 Ogos 2019.

Tetamu yang menempah untuk terbang dengan AirAsia X dari/ke Melbourne mulai 5 Dis akan dihubungi secara terus oleh syarikat penerbangan dan diberikan keterangan perjalanan baharu mereka termasuk pelbagai peruntukan sekiranya mereka ingin menukar rancangan perjalanan mereka.

Tetamu boleh menghubungi AirAsia melalui saluran rasmi di support.airasia.com.

Untuk maklumat terkini berkenaan berita, promosi dan aktiviti terkini AirAsia melalui Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here