AirAsia taja BAM RM1 juta hingga 2020

0
223
Advertisement



AIRASIA terus memberi sokongan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila bersetuju menaja penerbangan bernilai RM1 juta setahun hingga 2020 kepada pemain kebangsaan yang beraksi pada kejohanan serantau bermula tahun depan.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun di hadapan Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria di RedQ, ibu pejabat syarikat penerbangan tambang murah itu di Sepang, hari ini.

“Kami amat berbangga untuk meneruskan sokongan kami terhadap badminton negara selepas tahun lalu kami turut menaja kejohanan Liga Juara-Juara Nasional AirAsia-BAM.

“Kami dengan sukacita meneruskan sokongan untuk membantu meringankan perjalanan pemain kebangsaan dan membantu mereka dalam usaha bersaing di Asia Tenggara atau mencabar kejuaraan dunia,” kata Kamarudin.

Norza, yang menyambut baik sokongan padu syarikat penerbangan itu berkata: “Kami gembira kerana sokongan berterusan yang disediakan oleh AirAsia.

“Penajaan ini akan memberi banyak peluang untuk membolehkan pemain kebangsaan berlatih dan bersaing dalam kejohanan serantau.

“Malah, jelas AirAsia amat komited untuk membangunkan sukan tempatan dan seterusnya menyokong atlet kebangsaan.”

Penajaan penerbangan selama tiga tahun bernilai RM1 juta setahun itu sebahagian daripada kempen #DARE TO DREAM AirAsia yang memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama strategik bersama BAM sekali gus berkongsi impian untuk melahirkan pemain berkualiti dan meletakkan nama Malaysia di peta dunia.

Selain badminton, AirAsia turut menaja beberapa atlet negara seperti jaguh berbasikal, Azizulhasni Awang, peserta bina badan, Faiz Ariffin dan pemain bowling wanita negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here