AirAsia X rekodkan 81 peratus faktor muatan penumpang pada suku kedua

0
210
Advertisement

KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd merekodkan faktor muatan penumpang (PLF) yang baik sebanyak 81 peratus pada suku kedua 2018, meningkat satu mata peratus tahun ke tahun.

Ini di sebalik secara sejarahnya suku kedua adalah suku paling kecil dan menunjukkan aliran menurun bagi perjalanan udara antarabangsa dari Malaysia sewaktu musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pada suku kedua 2018, bilangan penumpang yang diangkut adalah 1,568,578, menyaksikan peningkatan 13 peratus tahun ke tahun, melepasi peningkatan 6.0 peratus tahun ke tahun daripada jumlah kapasiti kilometer tempat duduk tersedia syarikat penerbangan itu.

Bermula April 2018, AirAsia X Malaysia meningkatkan kekerapannya ke Taipei kepada 21 kali seminggu daripada 19 kali dan ke Busan kepada enam kali seminggu daripada empat kali, didorong oleh permintaan yang kukuh dan sejajar dengan strategi jangka panjangnya terhadap dominasi pasaran.

Disebalik tekanan terhadap hasil dan faktor muatan bagi jangka pendek, syarikat berkenaan yakin dalam meningkatkan PLF sejajar dengan permintaan yang kukuh,” kata AirAsia X dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada suku berkenaan, AirAsia X Malaysia mengurangkan kekerapan penerbangan ke Beijing kepada tujuh kali daripada 14 kali seminggu dan menghentikan penerbangan ke Tehran, kerana syarikat berkenaan mengubah fokusnya daripada negara perjalanan sehala, membolehkan kapasiti digunakan untuk menyokong kekerapan tambahan di pasaran teras.

Saiz armada AirAsia X Malaysia kekal 22 Airbus A330s sehingga penghujung Jun 2018.

Berkenaan syarikat sekutunya, AirAsia X Thailand, ia turut mencatatkan PLF yang sihat sebanyak 91 peratus.

Pada suku kedua 2018, AirAsia X Thailand mengangkut sejumlah 483,595 penumpang, peningkatan ketara sebanyak 25 peratus tahun ke tahun.

Sewaktu suku berkenaan, AirAsia X Thailand mula meningkatkan kekerapan penerbangan ke Tokyo (Narita) kepada 21 kali seminggu daripada 14 kali dan memperkenalkan penerbangan harian ke Sapporo pada April 2018.

AirAsia X Thailand menerima penghantaran satu pesawat tambahan pada pertengahan April 2018, menjadikan saiz armadanya di Thailand kepada sebanyak tujuh pesawat sehingga penghujung Jun 2018.

AirAsia X Indonesia pula mencatatkan PLF yang semakin baik kepada 78 peratus, meningkat 20 mata peratus tahun ke tahun dan mengangkut sejumlah 134,173 penumpang pada suku kedua 2018.

Berhubung rangkaian, AirAsia X Indonesia membatalkan perjalanannya ke Mumbai melalui Kuala Lumpur pada April 2018, dan melaksanakan strategi dua hab, yang mana sekarang ini terbang ke Tokyo (Narita) dari Bali (Denpasar) dan Jakarta.

Saiz armada Indonesia kekal dua A330s, menjadikan jumlah saiz armada Kumpulan AirAsia X kepada 31 Airbus A330s sehingga penghujung Jun 2018.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here