Ais Artik semakin pantas mencair, bakal cetus kerugian trilion dolar – Kajian

0
100
OSLO: Isu pemanasan global di Artik semakin membimbangkan apabila lapisan ais permukaan, permafrost, yang sepatutnya terus membeku sepanjang tahun mula menunjukkan kesan pencairan di bawah struktur bangunan dan jalan raya dari Siberia ke Alaska, sekali gus menaikkan paras laut di seluruh dunia dan mengganggu corak suhu.

Reuters melaporkan, situasi itu adalah hasil daripada kajian antarabangsa pada Selasa.

Kajian itu menganggarkan  peralihan suhu yang menjadi lebih panas dan basah telah menggalakkan pencairan ais di rantau tersebut, dan mungkin akan mengakibatkan kos berjuta-juta dolar kepada ekonomi dunia untuk abad ini.

Laporan yang dibuat oleh 90 orang ahli sains itu, termasuk pakar dari Amerika Syarikat (AS), menggesa kerajaan yang mempunyai minat dan kepentingan di kawasan Artik, untuk mengurangkan kesan pelepasan gas rumah hijau.

Presiden AS Donald Trump bagaimanapun mempunyai keraguan bahawa aktiviti manusia, terutamanya penggunaan bahan api fosil, adalah pemacu utama perubahan iklim.

Kesan pelepasan gas rumah hijau dan isu pemanasan global adalah sesuatu yang membimbangkan. - Reuters

“Pemanasan Artik adalah lebih pantas daripada mana-mana kawasan lain di bumi, dan lebih cepat menjadi persekitaran yang lebih panas, lembap dan berubah-ubah,” kata kajian itu, yang mengumpulkan penemuan saintifik dari tahun 2011.

“Peningkatan dalam pelepasan gas rumah hijau daripada aktiviti manusia adalah punca utama,” kata kajian yang dijalankan oleh Majlis Artik, yang terdiri daripada kumpulan dari AS, Rusia, Kanada, Sweden, Denmark, Norway, Finland dan Iceland.

Pemanasan Artik boleh menyebabkan kos antara AS$7 trilion dan AS$90 trilion dari tahun 2010 hingga tahun 2100, kata kajian itu.

Kajian itu menambah bahawa tahun 2011 hingga 2015 adalah tahun yang terpanas yang pernah direkodkan sejak 1900.

Ais di lautan Artik, yang susut kepada rekod yang terendah pada tahun 2012, boleh hilang semasa musim panas tahun 2030, lebih awal daripada apa yang dijangka sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here