Akaun palsu hina agama, Aweera buat laporan polis

0
185
Advertisement
PENYANYI Aweera telah membuat laporan polis berhubung sebuah akaun palsu Facebook yang menggunakan wajahnya untuk menghina agama Islam.

Menerusi entri terbaharu, Aweera berpesan agar pengguna media sosial berhati-hati dengan akaun palsu berkenaan sekali gus menyerahkan tindakan lanjut kepada pihak berkuasa.

“Baru lepas buat report polis berkaitan fake account (akaun palsu) yang mengunakan gambar saya.

“Dalam fake account itu, dia telah menghina agama Islam dengan menggunakan gambar saya.

“Apa-apa pun saya serahkan pada pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya,” tulisnya.

Terdahulu, Aweera memuat naik bukti bergambar akaun palsu berkenaan yang menggunakan nama ‘Para Pencari’ dan wajahnya.

Aweera

Akaun terbabit meninggalkan komen di sebuah akaun rasmi parti politik tempatan dengan potongan ayat yang menghina Allah dan Nabi Muhammad S.A.W.

Tindakan Aweera membuat laporan polis itu disokong peminatnya yang menyifatkan tindakan individu tidak bertanggungjawab itu melampau dan melanggar batas agama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here