Akhirnya Pahang menang

0
115
Advertisement



KUANTAN: Skuad Pahang menamatkan badi seri dalam tiga perlawanan berturut-turut apabila menewaskan PKNS FC 1-0 di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.  

Jaringan tunggal pemain tengah, Issey Nakajima pada separuh masa pertama perlawanan sudah cukup memastikan tiga mata menjadi milik tuan rumah.  

Pada perlawanan itu, Pahang yang menampilkan corak serangan di awal permainan berpeluang mendahului tetapi tandukan Austin Amutu diselamatkan penjaga gol, Muhammad Zaruf Irfan Hashimuddin pada minit kelima perlawanan.  

Begitupun pada minit ke-25, tandukan pemain tengah Tok Gajah, Nakajima berjaya merobek gawang pelawat selepas menerima hantaran daripada Safuwan Baharudin.  

Peluang terbaik PKNS untuk menyamakan kedudukan hadir  menerusi Bruno Oliveira yang hanya berdepan penjaga gol Tok Gajah, Helmi Eliza Elias tetapi pemain import itu gagal melakukan penyudah tepat pada minit ke-38.  

Bersambung babak kedua, skuad kendalian K Rajagobal lebih banyak menekan kubu tuan rumah dalam usaha mencari gol penyamaan.  

Peluang terbaik pelawat untuk menyamakan kedudukan hadir pada minit ke-79 tetapi cubaan pemain tengah Muhammad Faris Ramli dari luar kotak penalti tetapi bola sedikit tersasar tiang di sebelah kanan.

Kemenangan menyaksikan Pahang merampas kedudukan ketiga liga daripada PKNS dengan kekalahan turut menamatkan deretan tiga kemenangan berturut-turut skuad Semut Merah sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here