Akibat kemurungan, ibu bunuh anak sebelum terjun dari jambatan

0
328
Advertisement

SEPASANG suami isteri tidak dapat menerima kenyataan apabila anak perempuan mereka meragut nyawanya sendiri akibat kemurungan.

Al dan Patricia Treadway kehilangan anaknya, Christina Treadway, 34 tahun, apabila Christina terjun dari jambatan di tengah jalan di utara Carolina pada 13 Januari lepas.

Bukan itu sahaja, Christina turut membunuh dua orang anaknya, Isaiah, 7 tahun, dan Iliyah Miller, 3 tahun sebelum membunuh diri.

Dalam pada itu, Al dan Patricia dalam satu kenyataan dalam portal Daily Mail berkata, anaknya, Christina tidak pernah menunjukkan tanda-tanda kemurungan.

“Dia tidak pernah mengalami masalah mental dan selalu memberikan senyuman terutama kepada anak-anaknya.

“Kami juga tidak pernah ada masalah dalam apa-apa aspek terutamanya dari segi depresi dan kemurungan.

“Dalam satu status yang dimuat naik oleh Christina di laman Facebooknya, dia meminta maaf kerana selama ini dia hanya berpura-pura gembira.

“Dia juga menyatakan yang tidak sanggup untuk meninggalkan anaknya di dunia ini tanpa seorang ibu. Tiada siapa yang mampu menjaga anaknya selain dia,” kata Patricia.

Pihak polis telah mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh dan bunuh diri. Namun, motif pembunuhan dan bunuh diri masih dalam siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here