Aksi Man U menarik tapi seri

0
73
Advertisement



LOS ANGELES: Manchester United yang diperkuatkan Alexis Sanchez tetap gagal mencapai kemenangan dalam aksi persahabatan pramusim di Amerika Utara selepas seri 0-0 menentang San Jose Earthquakes.

Sanchez mempamerkan permainan menarik selepas tidak beraksi ketika Red Devils seri 1-1 menentang Club America dari Mexico di Phoenix pada Khamis lalu akibat masalah visa.

Beraksi di bawah cuaca panas menyaksikan kehadiran penonton mengecewakan di Stadium Levi’s dengan United berjaya mencipta beberapa peluang namun gagal disempurnakan. Anthony Valencia pula terpaksa dikeluarkan dan digantikan oleh Matteo Darmian selepas 10 minit permainan berlangsung.

Eric Bailly mempunyai peluang terbaik menjaringkan gol pada minit ke-5 selepas mendapat hantaran daripada Sanchez tetapi tandukannya melepasi palang gol.

“Hari ini sangat baik untuk Alexis,” kata pengurus, Jose Mourinho. “Ini kali pertama dia bermain selepas beberapa sesi individu. Dia perlukan ini dan melakukan percubaan dengan baik, sesuatu yang penting untuknya.”

Bersambung babak kedua, Earthquakes hampir menjaringkan gol pembukaan apabila Vako menewaskan penjaga gol, Lee Grant tetapi pemain pertahanan, Timothy Fosu-Mensah, salah seorang pemain simpanan yang dibawa masuk berjaya menyelamatkan kubu United.

Pada minit ke-83, Grant sekali lagi bertindak cemerlang dengan menggagalkan percubaan jarak jauh Tommy Thompson.

“Ada satu lagi sesi latihan. Kami bukan sebuah pasukan tetapi satu kumpulan yang mengandungi pemain daripada pasukan berbeza,” kata Mourinho. Red Devils akan menyertai Kejohanan Piala Antarabangsa menentang AC Milan, Liverpool dan Real Madrid.

“Ada di kalangan merkea pemain utama, ada yang bawah 23, ada yang dipinjam dan ada yang masih muda, bawah 18 tahun,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here