Aktor Ben Stiller, isteri umum berpisah

0
62


LOS ANGELES: Aktor Ben Stiller dan isterinya, Christine Taylor, mengumumkan keputusan untuk berpisah selepas menjalani kehidupan rumah tangga selama 18 tahun.

“Dengan rasa cinta dan hormat antara satu sama lain, dan 18 tahun kami bersama-sama sebagai suami isteri, kami memutuskan untuk berpisah.

“Keutamaan kami adalah membesarkan anak-anak sebagai ibu bapa dan rakan karib. Kami memohon media menghormati saat peribadi kami buat masa ini,” kata pasangan itu dalam kenyataan bersama.

Stiller dan Taylor, dikenali kerana watak remaja Marcia Brady dalam ‘The Brady Bunch Movie’ pada 1995, berpasangan dalam banyak filem termasuk ‘Tropic Thunder’ dan ‘Meet the Parents’.

Mereka berkahwin pada 2000 dan mempunyai dua anak. – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here