Aktor Shia LaBeouf ditahan akibat mabuk, hambur kata kesat di tempat awam

0
13

PELAKON Shia LaBeouf ditahan di Georgia atas dakwaan berkelakuan tidak senonoh dan mabuk di tempat awam, lapor media antarabangsa.

LaBeouf yang dikenali untuk watak Sam Witwicky’dalam filem Transformers ditahan selepas menggunakan kata-kata kesat di hadapan pegawai polis dan juga orang awam.

Menurut kenyataan Jabatan Polis Metropolitan Savannah-Chatham, LaBeouf menghampiri seorang pejalan kaki dan seorang pegawai polis dan meminta sebatang rokok.

Pelakon berusia 31 tahun itu mula berkelakuan tidak senonoh apabila tidak diberikan rokok.

“Apabila LaBeouf tidak diberi rokok, dia mula menggunakan kata-kata kesat di hadapan orang ramai termasuk kanak-kanak,” menurut kenyataan itu.

Dia bertukar agresif apabila diminta untuk meninggalkan kawasan tersebut dan ketika pegawai polis cuba menangkap LaBeouf, dia berlari ke sebuah hotel berdekatan.

Akhirnya, pelakon itu ditahan di lobi hotel tersebut.

LaBeouf dibebaskan dari Pusat Tahanan Chatham Country selepas beberapa jam and jurucakap pelakon itu enggan memberi sebarang komen.

LaBeouf berada di Savannah untuk penggambaran filem, The Peanut Butter Falcon bersama Dakota Johnson dan Bruce Dern.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here