Aktres Emma Chambers meninggal dunia

0
127
Advertisement

DONCASTER: Aktres terkenal Britain, Emma Chambers disahkan meninggal dunia pada Sabtu.

Pengurus Chambers, John Grant yang mengesahkan kematiannya berkata, bintang komedi itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 53 tahun akibat sakit biasa.

Menurut bintang gandingannya dalam drama TV bersiri “The Vicar of Dibley”, Dawn French, pemergian Chambers adalah satu kehilangan dalam dunia komedi Britain.

Hugh Grant yang pernah berlakon bersama Chambers dalam filem “Notting Hill” pula menyifatkan Chambers sebagai seorang yang lucu dan sangat ceria serta seorang pelakon komedi yang cemerlang.

Chambers dilahirkan pada 11 Mac, 1964 di Doncaster dan berkahwin dengan pelakon Ian Dunn pada 1991.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here