Aktres Filipina ditabal wanita tercantik dunia

0
337
Advertisement

PELAKON muda terkenal Filipina, Liza Soberano, dipilih sebagai wanita tercantik di dunia untuk tahun 2017 oleh sebuah portal gaya hidup terkemuka, TC Candler.

Portal yang berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat itu sudah mengeluarkan senarai 100 wanita tercantik di dunia sejak 28 tahun yang lalu.

Soberano, 20, berdarah kacukan Filipina-Amerika, dikenali di Malaysia menerusi drama Forevermore.

Tempat kedua dan ketiga diisi oleh peragawati Perancis, Thylane Blondeau dan penyanyi Taiwan, Chou Tzu-yu.

Pelakon dan peragawati dari Malaysia, Yumi Wong, turut tersenarai di tempat ke 57.

Antara nama-nama besar yang berjaya memasuki senarai itu ialah Emma Watson (14), Emilia Clarke (26) dan Natalie Portman (50).

Untuk senarai 100 lelaki paling kacak pula, ia didahului oleh bintang KPop, Kim Tae-hyung atau lebih popular dengan nama V, diikuti pelakon Jason Momoa dan Armie Hammer.

Dalam keterangan yang dikeluarkan bersama senarai itu, portal berkenaan memaklumkan senarai berkenaan bukan sekadar mengukur kecantikan atau kekacakan seseorang, tetapi bertujuan untuk memberi informasi dan meluaskan pandangan orang ramai tentang definisi cantik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here