Aktres pembawa watak 'Aung San Suu Kyi' turun padang bantu etnik Rohingya

0
63
Advertisement

BINTANG filem berasal dari Ipoh, Malaysia yang membina reputasi di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh, menyertai delegasi negara untuk misi bantuan ke Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar, Bangladesh.

Ia merupakan sebahagian daripada bantuan kemanusiaan yang dihulurkan Malaysia  kepada masyarakat etnik Rohingya yang melarikan diri dari konflik di Myanmar.

Delegasi yang diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Mohammed Noor, dilepaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pangkalan Tentera Udara pagi tadi.

Dalam entri terbaharu di akaun Instagram-nya, Michelle memuat naik gambar beliau di tangga pesawat karga milik tentera udara dan gambar barangan bantuan kemanusiaan.
“Menuju ke Bangladesh untuk melawat hospital dan kem pelarian di sana,” kata kapsyen dalam gambar yang dimuat naik itu bersama hashtag #proudmalaysian #bangladesh, #undp, #malaysia dan #charity.

Michelle yang juga merupakan duta Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), sebelum ini pernah melakonkan watak Canselor Myanmar, Aung San Suu Kyi dalam filem ‘The Lady‘ yang ditayangkan pada 2011.

Filem itu diarahkan oleh sutradara Luc Besson.

Sewaktu proses pembikinan filem itu, Suu Kyi disanjung pemerhati antarabangsa kerana perjuangannya menegakkan demokrasi di negara tentera tersebut.

Bagaimanapun, selepas parti politik pimpinan Suu Kyi mendapat tempat dalam pentadbiran Myanmar, imej positif itu semakin terhakis apabila Suu Kyi gagal menangani isu kemanusiaan membabitkan etnik Rohingya yang ditindas di negara tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here