'Aku rasa hati aku mati kehilangan dia' – Luahan Intan sempena ulang tahun kelima

0
79
Advertisement
ISTERI pertama kepada suami pelakon Izreen Azminda, Intan Liana Salleh meluahkan isi hatinya sempena ulang tahun kelima perkahwinan mereka hari ini.
 
Intan memuat naik status sedih itu di akaun Instagramnya menerusi IG Stories semalam.
 
Menerusi dua foto yang dimuat naik itu jelas menunjukkan Intan pasrah dengan ketentuan takdir yang menimpa dirinya.
 
“Aku pernah sayang orang sepenuh hati… Sampai aku rasa hati aku mati kehilangan dia.
 
“Sedih itu datang dari hati bukan dari muka, luar nampak happy tapi dalam hanya tuhan sahaja yang tahu.
 
“Jika Allah tidak mengizinkan kita bersatu dengan orang yang kita cinta…
 
“Semoga Allah satukan dengan orang yang mencintai kita… #happy5thanniversary,”
luahnya.


 
Empat hari yang lalu, Intan juga sudah mula memuat naik ‘quote’ sedih yang seakan-akan menggambarkan perasaannya.
 
Menerusi ruangan komen pada foto-foto lain, netizen memberikan kata-kata semangat buat dirinya.
 
 
Foto: Instagram @_iiiintvnroxs
 
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here