Akui mandat mencabar, Kapten Izham yakin MAB mampu 'hidup semula'

0
96
Advertisement

SEPANG: Kapten Izham Ismail komited bahawa syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines Berhad (MAB) mampu kembali menjadi antara syarikat penerbangan terbaik bertaraf antarabangsa seperti pada satu ketika dahulu.

Beliau yang memulakan tugasnya sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB) bermula 20 Oktober lalu, yakin tiada sebab untuk syarikat itu gagal.

Menyifatkan jawatan digalas itu merupakan mandat yang mencabar, Izham akui ini adalah peluang terakhir untuk menghidupkan semula syarikat itu.

“Saya akan melakukan yang terbaik untuk menyatukan kakitangan MAB sekaligus menghidupkan semula organisasi ini seperti apa yang berlaku 10 tahun lalu.

“Saya yakin bahawa dengan penyatuan ini syarikat penerbangan nasional ini akan menjadi salah satu syarikat penerbangan terbaik di dunia semula.

“Saya fikir dan percaya dengan penuh yakin dari hati. Tiada sebab untuk kita gagal. Hanya satu peluang untuk menghidupkan semula syarikat ini,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Pelancaran Misi Kemanusiaan Untuk Rohingya di Kompleks MAB Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

BACA: Izham Ismail dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan baharu MAB

BACA: Bellew yakin Kapten Izham mampu teraju MAB

BACA: Pelantikan CEO baharu MAB perlu disambut baik – PM Najib

Kapten Izham sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO) MAB yang menggantikan Peter Bellew yang mahu kembali semula ke syarikat penerbangan Ireland, Ryanair Ltd. (Ryanair).

Izham mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam industri penerbangan, memulakan kerjaya dengan Malaysia Airlines sebagai juruterbang pada 1979.

Beliau juga telah memecahkan rekod penerbangan dunia apabila beliau menerbangkan pesawat B777-200 pertama Malaysia Airlines pergi dan balik dari Seattle ke Kuala Lumpur.

Sebelum dilantik sebagai COO pada 2016, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MASwings, syarikat sekutu Malaysia Airlines di Sabah dan Sarawak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here