Akur ditamatkan kontrak

0
307
Advertisement



ZULHAMIZAN Zakaria mengesahkan tidak lagi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku pengendali skuad itu berkuatkuasa, semalam.

Justeru, bekas pemain kebangsaan dan Pahang itu tidak akan membimbing The Cops bagi menghadapi kempen Piala Malaysia bermula Sabtu ini.

“Sebagai jurulatih profesional, saya menerima dengan hati terbuka penamatan kontrak ini selepas berusaha sebaik mungkin membantu PDRM mencatat keputusan terbaik dalam saingan Liga Perdana.

“Kontrak saya ditamatkan kerana tidak mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) iaitu layak ke Liga Super musim depan,” katanya yang membimbing The Cops sejak Disember tahun lalu.

Musim ini, The Cops menamatkan saingan Liga Perdana di tangga kelima dan layak beraksi dalam Piala Malaysia.

Penamatan kontrak Zulhamizan itu menyaksikan penolong jurulatih PDRM, Fauzi Pilus mengambil alih tugas berkenaan

Biarpun tidak lagi bersama The Cops, Zulhamizan percaya skuad itu mampu memberi saingan apabila diundi dalam Kumpulan B bersama PKNS FC, Melaka United dan FELDA United FC.

“Saya harap barisan pemain dapat memberi tentangan walaupun berdepan dua pasukan Liga Super termasuk FELDA United yang juga juara Liga Perdana musim ini,” katanya.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here