Akur raih pingat perak

0
435
Advertisement



PELUMBA basikal negara, Shah Firdaus Sahrom terpaksa akur dengan pingat perak selepas tewas kepada pelumba tuan rumah, Xu Chao pada aksi final pecut individu siri kedua Piala Trek China, sebentar tadi.

Dia yang belum cergas sepenuhnya selepas cedera paha ketika terjatuh pada final acara keirin siri pertama semalam, bagaimanapun tidak memberi laluan mudah kepada Xu Chao apabila mengheret saingan ke aksi penentuan sebelum tewas 2-1. 

“Saya tidak berada pada tahap terbaik namun berjaya melangkah ke final. Pada masa sama, saya berjaya memberikan tentangan sehingga tiga perlumbaan. Ia persembahan yang membanggakan,” kata Shah Firdaus.

Jelasnya, dia tidak akan turun beraksi dalam keirin, esok apabila ketua jurulatih negara, John Beasley membuat keputusan merehatkannya.

“Mungkin beliau tidak mahu kecederaan bertambah teruk atau terjatuh lagi. Ia turut membantu saya pulih dengan cepat.

“Tiada apa yang serius, saya fikir boleh pulih dalam tempoh satu atau dua minggu. Saya fikir sempat untuk bersedia sepenuhnya sebelum Sukan Asia,” katanya.

Azizulhasni Awang yang meraih emas pada siri pertama terpaksa akur dengan gangsa kali ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here