Al-Fatihah: Pelakon dan bekas pensyarah USM, Abdul Samat Salleh meninggal dunia

0
149
Advertisement
KEPALA BATAS: Pelakon dan penggiat seni, Profesor Madya Dr Abdul Samat Salleh, meninggal dunia pada usia 73 tahun di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang kira- kira jam 1.20 petang tadi.

Beliau yang juga bekas Pensyarah Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia( USM) Pulau Pinang, menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga .

Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke HKB pada Januari lalu akibat penyakit paru-paru yang dihidapinya.

Difahamkan jenazah Allahyarham Dr. Samat  akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas selepas Maghrib.

Allahyraham sinonim dengan pementasan naskhah-naskhah kotemporari selain membintangi drama-drama televisyen. - Foto Astro AWANI

Beliau memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1969 kemudian menjadi Pensyarah Seni di USM pada  Mei 1984 dan bersara pada tahun 2000.

Bagaimanapun khidmatnya disambung secara kontrak sehingga tahun 2016.

Selepas bersara, minat mendalam dalam bidang seni mendorong Allahyarham bergiat aktif dalam bidang lakonan dan pengarahan teater dengan menghasilkan beberapa naskhah seni bermutu tinggi.

Namanya begitu sinonim dengan pementasan naskhah-naskhah kotemporari selain membintangi drama-drama televisyen.

Sentuhan Dr. Abdul Samat mampu menghidupkan apa sahaja naskhah ke pentas atau ke layar kaca.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham telah mementaskan beberapa naskhah hebat termasuk Bakawali dan Jula-Juli Bintang Tujuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here