Alami demam panas, Farouk Hussain dimasukkan ke Unit Kecemasan

0
59
Advertisement

PELAKON Farouk Hussain dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam panas yang agak tinggi semalam.

Menerusi entri di Instagram (IG), Farouk telah berkongsi gambar sedang terlantar di katil hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dalam keadaan lemah.

“Terima kasih banyak-banyak kepada doktor dan semua staff unit kecemasan PPUM, Kuala Lumpur yang telah membantu semasa saya ke unit kecemasan sebab saya demam panas yang amat tinggi semalam.

“Perhatian segera dan pantas diberikan oleh staff PPUM, amat saya menghargai segalanya. Terima kasih banyak-banyak ikhlas dari saya,” tulisnya.

Rata-rata peminat terkejut dan risau dengan keadaannya meninggalkan komen yang mendoakan supaya Farouk kembali pulih selepas menerima rawatan.

@zanie_leman: ‘Semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan untuk abang Farouk Hussain. Jaga diri dan mendapat rehat yang cukup.

@muhamad_pitt: ‘Jaga kesihatan sebab nampak kurus sangat. Semoga nana segera sembuh naa. Take care nana.

@alkhairid: ‘Semoga cepat sembuh dan semoga Allah permudahkan segala urusan. Sakit penghapus dosa.

@dato.kassim: ‘@faroukhussain1967 kami doakan agar tuan cepat sembuh. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Aamiin.

@tokdeanz: ‘Semoga bro segera sembuh, semoga Allah permudahkan segala urusan serta janganlah dipersulitkan dan segala yang baik-baik hanya untuk bro. Farouk… Aamiin.

Menerusi komen yang ditinggalkan di IG Farouk berkata keadaanya kini semakin sihat selepas menerima rawatan.

“Terima kasih banyak-banyak atas doa kawan-kawan semua. Saya dah bertambah ok dah berkat doa kawan-kawan semua. Suspect denggi tapi nasib baik bukan hanya viral fever dan panas terlampau tinggi,” tulisnya.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here