Alibaba yakin masa depan negara, ikrar tambah pelaburan di Malaysia

0
291
Advertisement

HANGZHOU: Gergasi platform atas talian Kumpulan Alibaba yakin terhadap masa hadapan Malaysia di bawah kepimpinan baharu dan akan terus melabur di negara ini.

Menurut Ketua Perwakilan Malaysia bagi Kumpulan Alibaba, James Song, berdasarkan pertemuan antara pengasas Alibaba, Jack Ma, dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tiada sebarang isyarat negatif dalam hubungan dua hala.

“Sebagai syarikat komersial, kami akan melabur besar di Malaysia. Kami berikan perhatian besar kepada hubungan bilateral.

“Fakta menunjukkan tidak wujud petunjuk negatif antara dua negara. Kami amat positif terhadap hubungan bilateral.

“Pada masa sama, kami amat yakin terhadap masa hadapan Malaysia. Kami yakin dengan projek kami di Malaysia.

“Kami tidak akan berpatah balik dan akan terus melabur di Malaysia. Kami tidak pernah ubah komitmen kami kepada penduduk tempatan,” katanya selepas pelancaran Minggu Malaysia di Hangzhou.

Alibaba terlibat secara langsung dalam inisiatif Zon Dagangan Bebas Digital (DFTZ) di Malaysia di mana setakat Mac 2018, sejumlah 2,651 pengusaha Malaysia berada di atas talian Alibaba.com – peningkatan 34 peratus berbanding November lepas sejak DFTZ bermula.

Pada 5 Julai lepas, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking berkata, sebarang keputusan berhubung projek melibatkan pelaburan China, tidak akan menganggu hubungan bilateral dua hala.

Antara projek yang digantung di bawah kepimpinan Malaysia baharu susulan pilihan raya umum ke-14 Mei lalu, termasuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans Sabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here