Alicia macam 'goreng pisang panas'

0
74



MODEL dan pelakon tanah air yang terbabit dalam program Asia’s Next Top Model 5, Alicia Amin tidak sangka lakonannya dalam muzik video lagu berjudul Pisang Goreng yang kini tular mendapat reaksi hebat peminat di Indonesia.

Alicia, 22, berkata, sebaik muzik video lagu ciptaan dan nyanyian Sid Murshid itu dimuat naik di YouTube enam hari lalu, dia turut mendapat liputan portal hiburan terbesar di Indonesia iaitu KapanLagi.com.

“Saya terkejut apabila ramai peminat dari Indonesia tiba-tiba memperkatakan mengenai muzik video itu. Sambutannya di sana lebih luar biasa berbanding di Malaysia.

“Ia mungkin disebabkan pembabitan saya dalam Asia’s Next Top Model 5. Program itu benar-benar menarik perhatian ramai peminat dari Indonesia sehinggakan segala aktiviti seni saya mereka ikuti,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, ada juga yang mempersoalkan mengenai lagu mengenai pisang goreng itu.

Mereka turut melabelkannya sebagai lagu sampah dan tidak faham kenapa lagu itu dihasilkan.

“Saya dan Sid Murshid hanya suka-suka menghasilkan muzik video itu. Kami gembira kerana ramai yang memberikan reaksi positif dan sukakan idea berkenaan.

“Namun, jika ada yang tidak menghargainya, saya tetap akan mempertahankannya kerana usaha dicurahkan Sid untuk lagu itu bukanlah mudah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here