Alih pokok berusia setengah abad

0
73



Melaka: Sebatang pokok hujan berusia lebih 50 tahun di Jalan Tun Perak, di sini, ‘diselamatkan’ dalam operasi khas mengalihkannya dari lokasi asal ke tapak baru, semalam.

Kerja mengalihkan pokok berkenaan dilakukan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berikutan projek pelebaran jalan di laluan terbabit dalam usaha mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Setiausaha MBMB Sh Mohd Nasir Sheikh Salim berkata, pokok berkenaan tidak ditebang kerana khazanah berharga itu melengkapkan landskap projek berkenaan apabila diletakkan di tengah bulatan yang dalam pembinaan.

“Kami juga tertakluk kepada Akta Perancang Bandar, jadi tidak boleh sewenang-wenang menebang pokok terbabit. Selagi boleh diselamatkan, kami akan selamatkan dan memindahkannya.

“Operasi dilakukan ini boleh dikatakan yang pertama di Malaysia kerana masih kekalkan kanopi pokok (rimbunan daun) untuk memulihara keasliannya,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya mencantas dahan tertentu bagi melancarkan lagi operasi memindahkan khazanah berharga itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here