Alisson hampir ganti Karius

0
244
Advertisement



LIVERPOOL, England: Liverpool semakin hampir menjadikan Alisson penjaga gol termahal dunia selepas bersetuju dengan perjanjian bernilai £67.5 juta (RM358 juta) dengan AS Roma.

Pemain kebangsaan Brazil itu pulang awal daripada bercuti dekat Sardinia semalam untuk ke Merseyside dan dijangka menandatangani kontrak selama enam tahun.

Dia akan menjalani ujian perubatan hari ini selepas Michael Edwards, pengarah sukan Liverpool, bersetuju dengan perjanjian bersama rakan sejawatan di Roma, Monchi yang akan menyaksikan kelab dari Anfield itu membayar £58.5 juta (RM310.5 juta) selain tambahan £9 juta (RM47.7 juta).

Tawaran pertama Liverpool sebanyak £62 juta (RM329 juta) ditolak Roma Selasa lalu tetapi pengurus, Juergen Klopp menegaskan tidak perlu membuang masa dalam usaha mengelak saingan Real Madrid dan Chelsea buat penjaga gol berusia 25 tahun itu.

Pembelian Alisson hampir sekali ganda melebihi rekod sebelum ini yang dibuat Manchester City 12 bulan lalu apabila menandatangani Ederson dari Benfica dengan nilai £35 juta (RM185.8 juta).

KARIUS hampir diketepikan Reds.

Tidak ada masalah dalam aspek peribadi namun Liverpool tidak sabar untuk mengesahkan perjanjian itu.

Alisson akan disahkan selaku pembelian keempat pada musim panas ini sebelum ke Amerika Syarikat esok.

Dia tidak akan menyertai rakan sepasukan Liverpool dalam jelajah itu – mereka akan berdepan Manchester United, Manchester City dan Borussia Dortmund – ketika dia mendapat cuti tambahan seminggu apabila Brazil mara ke suku akhir Piala Dunia.

Alisson yang ditemui kru TV di Itali semalam hanya berkata: “Saya mahu berterima kasih kepada penyokong Roma. Saya minta maaf, saya akan bercakap lagi selepas ini. OK?”

Kehadiran Alisson hampir pasti menamatkan karier Loris Karius, dengan Klopp tiada pilihan selain menyelesaikan masalah itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here