Along upah warga asing simbah cat

0
263
Advertisement



Kuala Lumpur: Upah mat bangla untuk dijadikan samseng upahan ceti haram. Itu antara tindakan terbaru kumpulan along yang dikesan tidak lagi menggunakan khidmat samseng tempatan.

Ini terbukti apabila dua lelaki Bangladesh dikesan melakukan kerja menyimbah cat merah di rumah peminjam yang gagal menjelaskan hutang along.

Tindakan kumpulan itu bagaimanapun berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dipasang mangsa di kediamannya di Batu Caves, Selangor di sini, minggu lalu.

Mangsa, Ng Hock, 20-an, berkata, rumahnya disimbah cat merah lima kali oleh samseng along sejak November 2016.

“Saya sudah tidak tahan dengan ugutan mereka sebelum bertindak memasang CCTV di kawasan parkir di hadapan rumah.

“Terbaru, seorang lelaki warga asing dilihat keluar dari sebuah kereta sebelum menyimbah cat merah di hadapan rumah saya, minggu lalu. Lelaki itu kemudian terus melarikan diri,” katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA semalam.

Mangsa mendakwa dianiaya along walaupun sudah menjelaskan hutangnya RM15,000 pada Mac tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here