Amar 'curi' ilmu bintang asal Blok 404

0
12


[email protected]

PELAKON, Amar Asyraf. – Foto Nurul Syazana Rose Razman.

KUALA LUMPUR: Aktor, Amar Asyraf, menganggap tawaran membintangi filem Blok 404 yang membariskan ramai pelakon hebat sebagai pengalaman cukup berharga buat beliau.

Katanya, beliau menggunakan kesempatan menunggu di lokasi penggambaran dengan menimba ilmu daripada pelakon yang turut membintangi filem arahan Isma Aizal Yusof itu.

“Saya memang teruja dapat berlakon bersama barisan pelakon hebat dalam filem Blok 404 ini. Biarpun watak saya tidaklah besar dalam filem ini, sementara menunggu babak membabitkan saya, sempat juga saya berkongsi pengalaman dengan gandingan lain.

“Memang mencabar kerana berlakon pada bulan puasa dan banyak aksi seperti melompat dan sebagainya. Saya berharap pengorbanan itu berbaloi kerana pengarah menggarapkan jalan cerita dengan baik sehingga penonton tidak dapat meneka apa yang terjadi.

“Blok 404 yang tampil dengan genre psycho-thriller berkisar pada tiga sekawan yang pulang dari sebuah pesta. Jalan ceritanya baharu, begitu juga dengan pengarah, namun empat pelakon asal masih dikekalkan,” kata Amar.

Ia menampilkan kembali bintang telefilem berkenaan ialah Zamarul Hisham, Nabila Huda, Boy Iman dan Raja Azrey.

Bercorak cemas, Blok 404 pernah mencetuskan fenomena ketika diedarkan dalam bentuk cakera padat video (VCD) sekitar 2003.

Filem yang menjalani penggambaran sejak 8 Jun lalu di lokasi sekitar Ampang dan Hulu Langat ini turut menampilkan pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Kamal Adli, Nadia Brian dan ramai lagi.

Naskhah terbabit menggunakan peralatan berteknologi tinggi seperti red-cam bagi menghasilkan sinematografi berkualiti selain teknik imejan janaan komputer (CGI).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here