Amaran Cech buat Leno

0
269
Advertisement



LONDON: Pengalaman Bernd Leno sepanjang lapan musim di Bundesliga Jerman tidak akan banyak membantunya untuk menyesuaikan diri dengan suasana Liga Perdana Inggeris, kata penjaga gol Arsenal, Petr Cech.

Leno, 26, menyertai Arsenal dari Bayer Leverkusen dengan yuran perpindahan 22 juta euro (RM104.5 juta) bulan lalu tetapi masih belum dapat dipastikan dia menjadi pilihan utama pengurus baharu, Unai Emery.

Pemain kebangsaan Jerman itu perlu bersaing sengit dengan Cech yang sudah menjadi penjaga gol utama Gunners sejak tiga musim lalu dan bekas tonggak Chelsea itu memberi amaran kepadanya supaya jangan ‘memperlekeh’ saingan bola sepak Inggeris.

“Ada begitu banyak pengalaman yang tidak pernah dialami oleh penjaga gol di liga lain apabila datang ke Liga Perdana,” kata Cech memetik laporan akhbar Britain.

“Jelas kami perlu mempunyai kemampuan fizikal kerana itulah cara ia dimainkan di Liga Perdana. Penjaga gol tidak mendapat begitu banyak perlindungan seperti di Eropah atau liga lain.

“Jadi saya rasa anda perlu mencari jalan untuk menanganinya dan jelas jika lebih pantas anda melakukannya, ia lebih baik.” – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here