Amerika Syarikat ancam tidak akan iktiraf rundingan Korea Utara-Korea Selatan

0
20
Advertisement

NEW YORK : Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley menegaskan AS tidak akan menerima sebarang cadangan rundingan antara Korea Utara dan Korea Selatan sehingga pentadbiran Kim Jong-Un mengharamkan semua senjata nuklear di negara itu.

AS akan “tidak akan menerima Korea Utara dan senjata nuklearnya” tegas Haley.

“Korea Utara boleh berunding dengan sesiapa sahaja tetapi AS tidak akan mengiktiraf sebarang usaha antara kedua Korea Utara dan Selatan sehingga usaha itu dilakukan,” katanya di ibu pejabat PBB, di sini.

BACA: Amerika jangan main-main, jari saya sentiasa dekat dengan butang nuklear – Kim Jong Un

Terdahulu, Kim dalam Deklarasi Tahun Baharunya memberi amaran bahawa AS kini berada dalam jajaran senjata nuklear negara itu.

Semalam, Korea Selatan menawarkan rundingan antara pegawai tingginya bersama rakan sejawatan di Korea Utara bagi membincangkan tentang kerjasama Olimpik dalam usaha memperbaiki hubungan dua hala.

Namun tawaran itu masih belum mendapat maklum balas daripada Korea Utara.

Jika sebarang rundingan berlaku, ia bakal menjadi dialog rasmi yang pertama di antara kedua negara sejak Disember 2015.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here