Amerika Syarikat panas punggung, Seoul-Pyongyang berdamai

0
159
Advertisement

SEOUL: “Amerika Syraikat, Korea Selatan dan Jepun akan terus dengan misi untuk mengasingkan Korea Utara secara ekonomi dan diplomatik sehingga mereka meninggalkan program peluru berpandu nuklear dan balistik mereka.”

Demikian ketegasan yang dibuat Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence ketika mengulas bibit-bibit keakraban yang baru bermula antara Seoul dan Pyongyang.

Jelasnya, tiada peluang cerah bagi kedua-dua negara terbabit, khususnya yang melibatkan isu peluru berpandu nuklear dan balistik.

“Tidak akan ada hari yang cerah antara Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun selagi misi memberi sepenuhnya tekanan terhadap Korea Utara tidak tercapai,” jelasnya sebelum berlepas pulang ke Washington selepas menghadiri acara pembukaan Sukan Olimpik Pyeongchang di Seoul pada Jumaat.

Pada majlis perasmian temasya musim sejuk itu Pence, Kim Yo Jong dan Kim Yong Nam duduk berdekatan antara satu sama lain.

BACA: Selepas 10 tahun, Jong-un akhirnya jemput Presiden Korea Selatan ke Pyongyang 

BACA: Olimpik Pyeongchang ‘kunci’ diplomasi Korea Utara-Selatan 

Ketika atlet dari Korea Selatan dan Korea Utara berarak bersama di bawah satu bendera semasa majlis pembukaan itu, Pence dilihat terus duduk tanpa sebarang reaksi.

Malah, Pence turut dilapor tidak menyertai makan malam pemimpin negara dunia yang dianjurkan selepas acara terbabit.

Dalam satu tweet yang ditulisnya, beliau menegaskan kembali pandangan skeptikal Amerika Syarikat terhadap langkah perdamaian yang cuba dihulur Korea Utara.

Selepas menyampaikan surat rasmi jemputan perbincangan meja bulat Korea Utara – Korea Selatan kepada Presiden Park Geun Hye, Kim Yo Jong meneruskan pertemuan rasminya bersama Perdana Menteri Lee Nak Yon pada Ahad.

Pertemuan tambah meriah dengan kehadiran beberapa menteri-menteri kabinet Korea Selatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here