Amerika Syarikat umum sekatan perjalanan baharu ke atas Korea Utara

0
15

WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menjelaskan sekatan perjalanan baharu ke Korea Utara diambil atas sebab, “risiko serius serta peningkatan penangkapan dan penahanan jangka panjang terhadap rakyat AS,” lapor agensi berita China Xinhua.

Sehubungan itu, rakyat AS yang ingin ke Korea Utara, perlu mendapatkan pasport khas dan pengeluarannya adalah terhad serta hanya untuk situasi tertentu sahaja, kata jabatan berkenaan dalam satu kenyataan.

Sekatan baharu berkuatkuasa pada 1 September, rakyat Amerika yang berada di Korea Utara diminta meninggalkan negara itu sebelum tarikh kuatkuasa.

Pada 27 Julai lepas, Dewan Senat AS meluluskan rang undang-undang untuk mengenakan sekatan baharu lebih ketat terhadap Rusia, Iran dan Korea Utara.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here