Amerika Syarikat usir 15 diplomat Cuba daripada negara itu

0
163
Advertisement

AMERIKA Syarikat mengarahkan 15 diplomat Cuba meninggalkan negara itu.

Ini sebagai tindak balas insiden misteri di mana kakitangan kedutaan Amerika Syarikat di Cuba jatuh sakit.

Washington juga menuduh Havana gagal melindungi diplomatnya susulan kejadian itu dengan pematuhan mengikut Konvensyen Vienna.

Bagaimanapun, Setiausaha Negara Rex Tillerson berkata, Amerika Syarikat akan terus mengekalkan hubungan diplomatik dengan Cuba.

Namun saiz misi negara itu di Havaba akan dikurangkan kepada jumlah minimum.

Sekurang-kurangnya 22 kakitangan kedutaan Amerika Syarikat mengalami gejala fizikal sejak beberapa bulan lalu yang pada mulanya dikatakan berpunca daripada peranti akustik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here