Amerika Tengah hadapi gangguan bekalan elektrik

0
30


SAN JOSE: Kawasan Amerika Tengah dilanda gangguan bekalan elektrik semalam, menyebabkan penduduk di Panama, Costa Rica, Nicaragua dan El Salvador terpaksa bergelap hingga bekalan kuasa dipulihkan.

Pihak berkuasa Institut Bekalan Elektrik Costa Rica (ICE) mengesahkan bekalan elektrik terjejas di seluruh negara itu.

“ICE sedang berusaha untuk mengenal pasti punca masalah.

“Setakat ini, bekalan elektrik di beberapa kawasan di Costa Rica berjaya dipulihkan,” kata Menteri Komunikasi, Mauricio Herrera.

Sementara itu, jurucakap ICE berkata, masalah bekalan kuasa itu dipercayai berpunca dari luar negara.

Justeru, mereka meminta orang ramai supaya berada di dalam kediaman masing-masing, ketika usaha untuk menangani masalah itu dilaksanakan.

Di Panama, pihak berkuasa bekalan elektrik ETESA dalam mesej menerusi Twitter mengumumkan sebahagian kawasan di negara itu sedang mengalami masalah bekalan kuasa dan usaha untuk memulihkan keadaan giat dijalankan.

Bekalan elektrik di Panama terputus selama kira-kira 15 minit ketika Presiden Juan Carlos Varela sedang berucap mengenai isu perundangan negara.

AFP

SHARE
Previous articleKukuh cengkaman
Next articleHenti hadap gajet

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here