Anak murung dek kerja rumah, ibu beri kata dua kepada guru

0
90



SEORANG ibu telah bertindak menghantar satu emel kepada sekumpulan guru sekolah kerana tidak mahu anak perempuannya dibebani dengan tugasan kerja rumah.

Emel berkenaan yang ditulis oleh seorang warga Amerika Syarikat yang tinggal di Kanada, Bunmi Laditan antaranya berkongsi luahan bahawa anak perempuannya, Maya, mengalami tekanan walaupun usianya baru 10 tahun.

“Maya akan mengurangkan tugasan kerja rumah yang akan disiapkan pada tahun ini.

“Dia mengalami tekanan dan menunjuk simptom fizikal seperti sakit dada dan bangun pada pukul 4 pagi kerana risau dengan jumlah kerja rumah,” katanya.

Jelas Laditan, anaknya tidak mempunyai masalah pembelajaran, malah dia suka ke sekolah.

Cuma beliau tidak mahu anaknya mengalami kemurungan kerana kerja rumah.

“Beliau tidak mempunyai banyak masa untuk menjadi kanak-kanak dan menikmati masa bersama keluarga setelah membuat pekerjaan rumah untuk 2 hingga 3 jam setelah sampai rumah pada jam 4.30 petang,” katanya dalam emel itu. 

Surat itu dimuat naik di Facebook dan kini tular dengan 17,000 perkongsian.

Dalam satu kenyataan berasingan, Laditan berkata kanak-kanak juga perlu masa untuk berehat.

“Kanak-kanak perlu berehat sama seperti orang dewasa perlu berehat selepas kerja.

“Jikalau pihak sekolah akan menghukum beliau, saya kena mencari jalan untuk mengajar beliau di rumah (homeschool),” kongsi Ladita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here