Anak syarikat MESB dapat lesen jenama 'Crocodile'

0
67
Advertisement

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh MESB Bhd, Miroza Leather (M) Sdn Bhd, telah memeterai Perjanjian Perlesenan dengan Crocodile International Sdn Bhd (CISB), bagi membolehkan syarikat itu menggunakan secara eksklusif jenama ‘Crocodile’ di Malaysia.

MESB dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata lesen itu bertempoh dua tahun dan 11 bulan mulai 1 Feb 2018 sehingga 31 Dis 2020.

Ia merangkumi kerja-kerja rekaan, pengeluaran, pengiklanan, pengedaran, penjualan serta promosi produk-produk pakaian dan pakaian dalam lelaki berjenama Crocodile.

“Miroza perlu membayar royalti kepada CISB berdasarkan kepada jualan bersih atau satu jumlah tetap, yang mana lebih tinggi.

“Perjanjian ini akan mempunyai kesan penting ke atas pendapatan dan aset bersih syarikat dan kumpulan syarikatnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2018 dan seterusnya, sepanjang tempoh lesen,” kata MESB. — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here