ANC tangguh mesyuarat, Presiden Jacob Zuma masih selamat

0
111
Advertisement

JOHANNESBURG: Parti pemerintah Afrika Selatan, ANC menangguhkan mesyuarat tertinggi yang sepatutnya bermesyuarat bagi menentukan nasib Presiden Jacob Zuma.

ANC sebaliknya mengeluarkan kenyataan telah mengadakan perbincangan yang membuahkan hasil dan sangat membina dengan Zuma.

Kenyataan dibuat ketika tekanan supaya Zuma meletak jawatan semakin meningkat.

Parlimen negara itu terdahulu melaksanakan langkah luar biasa dengan menangguhkan ucapan kebertanggungjawaban Presiden yang dijadual pada Khamis.

Penangguhan ini bermakna Jawatankuasa Eksekutif ANC kini bakal bermesyuarat pada 17 dan 18 Februari.

Ia hanya dihadiri kalangan pemimpin yang mempunyai kuasa untuk memecat presiden.

Pembangkang Afrika Selatan sebelum ini kemukakan tuntutan untuk mengadakan usul undi tidak percaya untuk memecat Zuma atas dakwaan terlibat dengan rasuah.

Zuma, 75 tahun, bagaimanapun sehingga kini enggan tunduk kepada semua desakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here