Anda boleh beli iPhone X pada harga RM3,495

0
30

SEPERTI yang dijangka, syarikat telekomunikasi akan menjual iPhone X pada harga yang lebih kompetitif sebagai sebahagian daripada tawaran pakej kepada pelanggan.

Digi menjadi syarikat pertama yang mengumumkan harga iPhone X yang bermula pada RM3,495 untuk model 64GB dan RM4,155 untuk model 256GB.

Bagaimanapun, syarikat telekomunikasi lain seperti Maxis, Celcom dan U-Mobile masih belum mengumumkan harga peranti berkenaan.

Tempahan awal melalui syarikat-syarikat telekomunikasi utama Malaysia akan dibuka esok.

Apple sebelum ini mengumumkan iPhone X di Malaysia akan dijual pada harga RM5,149 dan RM5,899.

BACA: Sanggupkah anda bayar RM5,899 untuk iPhone X?

Peranti itu diumumkan pada September lalu sempena ulang tahun ke-10 iPhone.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here