Anda impi kehidupan di London? Fikirkan semula!

0
15

KOTA London adalah antara destinasi utama percutian dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sekiranya anda merancang percutian ke London atau mahu berhijrah ke kota berkenaan, anda mungkin perlu membuat persediaan tambahan, terutamanya di segi kesihatan.

Akhbar Evening Standard semalam melaporkan keadaan udara di bandar seperti London adalah sama bahaya seperti kawasan yang mengalami pencemaran nuklear seperti Chernobyl.

Menurut laporan berkenaan, London merupakan antara bandar utama yang mencatatkan pencemaran udara tinggi dan boleh membahayakan nyawa dalam jangka masa panjang.

Menurut kajian Universiti Bristol, kawasan yang terdedah kepada pencemaran nuklear merekodkan bacaan di bawah 10 millisievert (unit ukuran kadar radiasi) setahun selepas tiga bulan kawasan itu terdedah kepada radiasi.

Kadar berkenaan adalah kurang daripada tahap pendedahan pencemaran udara yang harus ditempuh warga London setiap hari.

Pencemaran udara di London sudah mencapai tahap kritikal sejak beberapa tahun lalu.

Pencemaran udara di ibu negara England itu sudah melebihi paras yang dibenarkan Kesatuan Eropah pada akhir tahun lalu.

Bukan setakat itu, ramai warga Malaysia melanjutkan pelajaran di United Kingdom.

Data menunjukkan pada 2014 sahaja, seramai 19,350 pelajar melanjutkan pengajian di UK dan Ireland.

Ini menjadikan hubungan antara warga Malaysia dan United Kingdom (dan Kota London dalam hal ini) sangat istimewa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here