Anding tidak puas hati dikritik menyanyi hanya sebagai hobi

0
48

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon teater, Anding Indrawani menyuarakan ketidakpuasan hati apabila dikritik menyanyi sebagai hobi pada Konsert AF Megastar Homecoming Ahad lalu.

Melalui status Instagram peribadi, Anding, 34 tahun berkata karier sebagai seorang penyanyi merupakan sumber pendapatan utama buat dirinya.

“What I do mind is when my career is being define as a HOBBY! Its not just a hobby. Its my career and my future,” kata Anding.

TO ALL MY FANS AND SUPPORTERS,SORRY IF I DIDNT MAKE IT THROUGH.TERIMA KASIH BERBILION DI ATAS SOKONGAN TAK PERNAH PUTUS KALIAN.SAYA HARGAINYA.KALAU ADA DEPAN MATA MEMANG RASA NAK PELUK JE.THANK YOU.HANYA ALLAH YANG BOLEH MEMBALAS JASA KALIAN.DAN DI ATAS KESEMPATAN INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN BERBILION TERIMA KASIH JUGA BUAT @dino_omar FOR MANAGING ME THROUGHOUT THIS COMPETITION,MY BROTHERS @rd.idewani.zaini FOR STYLING ME UP @atta_idrawani FOR THE BRILLIANT LED CONTENT,MY SISTER @widyazaini FOR HELPING ME OUT @hansshahredza SUDI JADI ASSISTANT I @outstanding_fc WHICH WILL NEVER FADE OUT, AND THANX TO ALL THE NAMES THAT I TAGGED AND MENTIONED IN THIS PHOTO.. Actually, I dont mind losing.Dont mind at all.What I do mind is when my career is being define as a HOBBY! Its not just a hobby.Its my career and my future.ITS MY PASSION.My bread and butter.To pay bills.To put food on the table.What you just said might jeopardize my future as a singer and a performer.Singing is not just a hobby for me ‘Sir’.You dont even know what I’ve been doing for the past 13 years.You dont even follow my progression and judged me based on a one night show.As well as other singers,we made mistakes at times.I admit that.But lemme tell you that HOBBY does not define restless nights and efforts to prepare for a performance. HOBBY does not define performing for 1431 musical shows called MUD The Musical,TWICE and DAILY.HOBBY does not define singing in front of my Prime Minister,Singapore’s Prime Minister,The Sultan Of Brunei,Barrack Obama and others ASEAN country leaders.HOBBY does not define practices and rehearsals that I have to go through before a musical show in Istana Budaya.HOBBY does not define doing demos and guides for sort called A list singers and yet their songs becomes a hit.Unfortunately not mine.HOBBY does not define singing in KL in the morning and Sibu,Sarawak at night..HOBBY does not define jamming at 2 am after touched down from KLIA and straight to jamming studio for a rehearsal.The list goes on.As I said.I dont mind losing.But do not jeopardize my future with such call.Sorry for this post but I need to stand for my rights.And this is my rights.And I dont give up!!

A post shared by Anding Indrawani Zaini (@andingindrawani) on

Anding yang merupakan pelakon teater MUD: Our Story of Kuala Lumpur kesal apabila dikritik berdasarkan satu persembahan dan bukan atas usaha beliau selama ini.

MUD: Our Story of Kuala Lumpur dipentaskan di Panggung Bandaraya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mulai 21 Jun 2014.

“Anda tidak mengikuti perkembangan saya selama 13 tahun dan hanya menilai saya berdasarkan satu persembahan, saya ingin memberitahu bahawa hobi tidak menentukan usaha yang saya lakukan untuk membuat persembahan,” ujarnya.

Anding turut menyatakan pencapaian yang telah dilakukan sepanjang 13 tahun berkecimpung dalam bidang industri melalui statusnya.

Selepas beliau menyanyikan lagu medley Feeling Good dan I Feel Good juri tetap  Datuk Ramli MS memberi komen pedas dengan berkata vokal Anding bertambah baik jika dibandingkan dengan tahun 2004 ketika pemuzik terkenal itu menyandang jawatan sebagai pengetua Akademia Fantasia.

Ramli turut berkata lakonan Anding adalah lebih baik dari nyanyianya dan tidak mampu menandingi nyanyian peserta AF Megastar yang lain.

Status Instagram Anding mendapat perhatian orang ramai yang terus memberi sokongan kepada karier seni beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here