Angela gondol 4 emas, 1 perak di HESF

0
425
Advertisement



PERENANG Universiti Putra Malaysia (UPM), Angela Chieng Chu menggondol empat pingat emas dan satu perak pada aksi pembuka tirai Festival Sukan Pendidikan Tinggi (HESF) 2018, di sini, hari ini.

Olahragawati Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2018 berusia 20 tahun itu menawan kolam renang di Pusat Akuatik Hang Jebat dengan mengungguli kesemua acara kegemarannya iaitu kuak dada 100 dan 200 meter (m) wanita terbuka.

Perenang Universiti Taylor, Foong Wei Tze turut menyerlah dengan meraih tiga emas menerusi acara 50, 100 dan 200m kuak dada lelaki terbuka dalam temasya yang berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) itu.

Buat julung kali diperkenalkan Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), HESF 2018 menjadi medan terbaharu persiapan atlet Institusi Pengajian Tinggi (IPT) memburu slot beraksi di Sukan Universiti ASEAN (AUG) Myanmar, Disember depan.

Dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan kementerian, Mohamad Azhan Md Amir, temasya itu menawarkan 75 emas menerusi 5 acara sukan iaitu golf, olahraga, petanque, ping pong dan renang serta membabitkan 526 atlet daripada 31 kontinjen.

Ketua Sekretariat HESF, Mohd Izwan Khairuddin berkata, temasya itu adalah kesinambungan daripada SUKIPT dengan program sukan di bawah kalendar Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) tetap berjalan seperti dirancang.

“HESF 2018 menjadi landasan terbaik serta pentas pencarian dan pemilihan atlet IPT terutama bagi menghadapi temasya AUG 2018,” katanya dengan HESF akan menjadi projek perintis penjenamaan baharu program sukan IPT dan jika mendapat sambutan, ia kemungkinan akan diperbesarkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here