Anggota One Direction mungkin dipilih pegang watak James Bond

0
17
Advertisement

ANGGOTA kumpulan One Direction, Harry Styles, merupakan antara aktor muda yang dipertimbangkan untuk membawa watak James Bond dalam edisi terbaharu filem itu.

Biarpun sebelum ini nama Styles hanya dipetik oleh blog gosip, namun dalam kenyataan terbaharu penyunting filem Spectre, Lee Smith, pemilihan Styles tidak mustahil jika Christopher Nolan dipilih sebagai pengarah filem terbaharu itu.

Nolan dilaporkan sedang dalam perbincangan dengan produksi dan penerbit 007 untuk mengarahkan filem itu, yang paling awal dijangka akan menemui peminat pada tahun 2022.

“Styles sangat natural di hadapan kamera, dia mempunyai bakat semulajadi. Nolan sangat sukakan dia kerana katanya, Styles mempunyai karisma tersendiri,” Smith dipetik berkata dalam portal The Sun.

Untuk rekod, Styles membuat debut lakonan tahun lalu menerusi filem Dunkirk, arahan Nolan.

Jika dipilih, Styles akan menjadi Bond paling muda dalam sejarah, memandangkan pada tahun 2022, usianya baru akan mencecah 28 tahun.

Namun, Styles berdepan cabaran hebat daripada beberapa lagi pelakon, dengan aktor Tom Hardy dan James Norton kini mendahului senarai sebagai paling berpotensi untuk memegang watak tersebut.

Buat masa ini, Daniel Craig masih lagi memegang watak James Bond dan filem terbaharu 007 dijangka ditayangkan penghujung 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here