Anggota polis maut, dua cedera dalam insiden tembakan di Paris

0
49

PARIS: Seorang anggota polis maut dalam insiden tembakan di tengah ibu kota Paris, Perancis lewat malam tadi waktu tempatan.

Pihak berkuasa Perancis mengesahkan suspek terlibat berjaya ditembak mati sejurus kejadian.

Selain yang maut, serangan turut mencederakan dua yang lain.

Ia menyebabkan pihak berkuasa menutup kawasan tumpuan utama pelancong, Champs Elysees.

Serangan ini berlaku tiga hari terakhir kempen pilihan raya presiden Perancis.

Kumpulan militan Daish mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Menteri Dalam Negeri Perancis Pierre-Henry Brandet percaya mangsa yang bertugas di sekitar stesen keretapi bawah tanah Franklin Roosevelt sengaja disasarkan penyerang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here