Anggota tentera Amerika Syarikat ditahan sokong Daish

0
31

LOS ANGELES: Seorang anggota tentera berusia 34 tahun, ditahan kerana didakwa cuba memberi sokongan berbentuk material dan latihan kepada kumpulan pengganas Daish, menurut FBI lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut laman web News Now Hawaii, suspek dikenali Ikaika Erik Kang, ditahan Agen Khas FBI dan SWAT pada Sabtu malam di apartmennya di Honolulu, Hawaii.

Kang bertugas sebagai pengendali kawalan trafik udara tentera Divisyen Infantri ke-25 yang berpangkalan di Schofield Barracks di Honolulu.

Suspek pernah dihantar ke Iraq pada 2010 dan berkhidmat di Afghanistan pada 2014.

Agen Khas FBI Honolulu Paul D. Delacourt berkata, pihak berkuasa percaya suspek bertindak sendirian dan tiada kaitan dengan pihak lain yang boleh mengancam Hawaii.

“Kang telah disiasat Tentera Amerika Syarikat dan FBI selama lebih setahun,” kata Delacourt.

Kang dijadual hadir buat pertama kali ke mahkamah persekutuan di Honolulu pada Isnin petang.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here