Angka kematian gempa bumi di China hampir cecah 600 orang

0
167
Advertisement


LONGTOUSHAN: Angka kematian akibat gempa bumi yang meranapkan wilayah terpencil di China kini mencecah hampir 600 orang, kata pihak berkuasa.

Sementara itu, anggota penyelamat sukarela diberi amaran supaya menjauhkan diri daripada kawasan bencana.

Operasi menyelamat di barat daya wilayah Yunnan selepas dilanda gempa bumi berukuran 6.1 magnitud Ahad lalu berdepan masalah akibat kesesakan lalu lintas dan tanah runtuh yang menyekat jalan raya.

Menteri Dalam Negeri China dalam laman web berkata, sekurang-kurangnya 589 orang disahkan terkorban pagi ini dan memperlihatkan kenaikan mendadak jumlah kematian setakat ini.

Kementerian itu berkata, seramai 2,401 orang mengalami kecederaan dan 230,000 penduduk sudah dipindahkan manakala lebih 80,000 kediaman musnah teruk atau sebahagiannya runtuh. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here