Anis kini isteri Mohd Rafzan

0
67



DENGAN dua kali lafaz, pelakon dan penyanyi Anis Al-Idrus, 29, selamat bergelar isteri Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim, 35 pada jam 9.40 malam, hari ini.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Syed Zainal Syed Abu Bakar Al-Idrus dihadapan imam dan jurunikah Masjid Al-I’Tisam TTDI Jaya, Ustaz Mohd Fairus Shuaib.

Pasangan disatukan dalam majlis yang diadakan De’Laman Event Space, Shah Alam, di sini.

Pada majlis pernikahan itu Anis menerima mas kahwin berupa satu set barang kemas dan wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Anis juga menerima tiga dulang hantaran berbalas lima.

Pada hari bersejarah itu, pasangan raja sehari berseri-seri dalam persalinan rona putih.

Penampilan Anis

turut dilengkapi mahkota tajaan Habib yang dilaporkan bernilai ratusan ribu ringgit.

Pernikahan mereka turut disaksikan 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Terdahulu, pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 24 Mac lalu dalam satu majlis tertutup.

Anis bersyukur kerana majlis pernikahan itu berjalan lancar.

“Doakan jodoh kami berpanjangan sehingga ke akhir hayat”, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here