Annuar perjelas isu nak mati dalam Umno

0
84



“Orang nak mati dalam Islam atau dalam iman.

“Dia boleh pula nak mati dalam Umno,” begitu status di Facebook berasaskan komuniti Kelantan yang ‘menyinggung’ perasaan Tan Sri Annuar Musa.

Sindiran pedas pada ketua penerangan Umno itu susulan laporan media bertajuk “Annuar harap meninggal dunia dalam Umno”.

Mengulas ‘iman politiknya’, beliau antaranya menyebut berharap mati dalam parti Melayu itu.

Bagaimanapun, mengulas sindiran itu, Anwar berkata beliau hanya tergelak.

Katanya, pengulas sebenarnya tidak tahu hujung pangkal perkara yang dibahaskan.

“Dalam majlis itu saya baca surah Ali Imran ayat 102 dan 103. tentang mati dalam Islam. Dan dari segi berparti, saya kata saya syukur kekal dalam perjuangan Umno, tak tukar parti.

“Dan Insya-Allah saya harap saya terus istiqamah dalam parti hingga akhir hayat.

“Mungkin pelapor tak biasa ada tak pandai nak tulis bahagian saya baca ayat al-Quran,” tulisnya di Facebook.

Ayat yang dirujuk itu memerintahkan orang yang beriman supaya jangan sekali-kali mati melainkan dalam keadaan Islam.

“Itulah saja standard pelapor kita dan disambutlah pula oleh set berasa pandai.

“Tak pasal pasal puasa menjadi sia-sia di zaman siber. Mudah dapat pahala, mudah mendapat dosa,” katanya.

Annuar bagaimanapun berkata beliau memaafkan pihak yang menyelarnya itu dan mengucapkan salam Ramadan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here