Anuar idam emas KL2017

0
47



PELUMBA elit lebuh raya negara, Anuar Manan mengintai kilauan pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos ini.

Pelumba pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) itu yakin sasaran berkenaan mampu dicapai menerusi latihan intensif selama lebih sebulan bersama rakan sepasukannya di Melbourne, Australia selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. “Sekarang pasukan giat menyertai beberapa pertandingan di luar negara.

Saya difahamkan jurulatih TSG (Jeremy Hunt) merancang untuk mengadakan latihan selain menyertai pertandingan di Melbourne.

Saya tidak pasti bila kami akan memulakan latihan di Melbourne tapi yang pasti, kami akan pulang semula ke tanah air, seminggu sebelum bermulanya Sukan SEA 2017,” katanya, di sini, hari ini.

Untuk rekod, Anuar memenangi pingat gangsa dalam acara lepas beramai-ramai pada Sukan SEA 2015 di Singapura selain pernah memenangi pingat perak dalam acara kriterium pada edisi 2005 di Filipina.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here